Wednesday, 13 July 2016

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

Ikan Masak Tiga Rasa
Resepi Ikan Masak 3 rasa, untuk resepi ini Che' Nom menggunakan ikan siakap, boleh jugak digantikan dengan ikan bawal, Ikan masak tiga rasa memang tak asing lagi di restoran masakan Thai di Malaysia.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang


Bahan-Bahan:

Bahan untuk menggoreng ikan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit Kunyit

Bahan untuk kuah:
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 inci halia, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan, dihiris nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 6 biji cili padi , dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Dain bawang untuk hiasan





















Cara Penyediaan:

1.    Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2.    Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
3.    Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
4.    Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
5.    Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
6.    Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.

7.    Hiasakan dengan daun bawang.

Resepi Nasi Goreng Pataya

Nasi Goreng Pattaya
Resepi Nasi Goreng Pattaya, masakan yang berasal dari Thailand dan sangat popular di Malaysia. Nasi goreng dibungkus dalam lapisan nipis telur dadar dan dilipat berbentuk empat segi. Selalunya dihidang bersama timun dan tomato. Kalau selalunya kita makan di restoran, apa kata cuba buat sendiri di rumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Selamat Mencuba :)
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:

Bahan untuk nasi goreng:
  • 2 cawan nasi putih
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5 ekor udang, buang kulit
  • sedikit isi ayam, potong kiub
  • 1 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
  • sedikit sayur campur
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • serbuk lada sulah
  • sedikit kicap cair
  • timun, untuk hiasan
  • tomato, untuk hiasan

Bahan untuk salutan atau telur dadar:
  • 2 biji telur ayam
  • secubit garam

















Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
  3. Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
  4. Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
  6. Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.

Resepi Nasi Goreng Cendawan

Nasi Goreng Cendawan
Keistimewaan nasi goreng ini terletak pada kombinasi rasa cendawan tiram dan seafood. Resepi yang anda harus cuba!
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes
Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

  • 3-4 cawan nasi
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk kecil cendawan tiram (carikkan menjadi halus)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 3 ekor sotong (potong bulat)
  • sedikit karot (potong dadu)
  • Sayur kubis (hiris kasar)
  • bawang goreng

Bahan-bahan tumbuk kasar:
  • 1 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
















Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. masukkan karot, kemudian masukkan sotong dan diikuti telur dan cendawan, kacau hingga telur menjadi hancur.
  4. Masukkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan dan kacau sehingga semua bahan menjadi sekata.
  5. Masukkan sos ikan serta serbuk lada sulah dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering . Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.

Resepi Nasi Goreng Daging Merah Ala Thai

Nasi Goreng Daging Merah ala Thai
Resepi nasi goreng daging merah, masakan ala Thai yang menjadi menu utama di kebanyakan restoran di Malaysia. Pilih bahagian daging yang tidak terlalu kenyal atau liat. Untuk nasi goreng, hanya perlu masak nasi goreng yang simple kerana akan dipadankan dengan Daging Merah yang mengandungi banyak bahan sayuran. Cubalah....kalau masak sendiri pasti puas hati.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

Bahan untuk daging merah:
  • 200 gram daging
  • pewarna merah
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
  • 1/4 cawan cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 4 biji jagung muda, potong memanjang
  • sedikit tepung jagung
  • Karot, potong memanjang

Bahan untuk nasi goreng:
  • 4 cawan nasi
  • Sayuran campur atau mixed vegie
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • Garam dan gula secukup rasa






















Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak daging merah:
  1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
  2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
  3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
  7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Cara untuk memasak nasi goreng:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Resepi Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist
Resepi Kek Coklat Moist, resepi yang pasti menjadi kegemaran keluarga anda, sesuai untuk dihidangkan pada majlis harijadi dan dihari raya. Hanya 6 bahan utama diperlukan.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 70 minit
Jumlah Hidangan : 8

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu coklat dutch lady
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
  • 3 biji telur











Cara Penyediaan:

Cara untuk kek:
  1. Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan.asingkan
  2. Masukkan serbuk coklat, gula perang, susu coklat, minyak dan susu ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
  3. Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td...kacau sebati..
  5. Lumurkan marjerin pada loyang...masukkan adunan yang telah sebati..kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
  6. Anggaran dalam satu jam, cucuk dengan garfu...kalau licin maknanya kek dah masak
Cara untuk topping:
  1. Cairkan 2 sudu marjerin..
  2. Casukkan 1 sudu serbuk coklat dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing
Tips:
Untuk hasil yang terbaik...lepas kek dah siap dikukus...keluarkan sekejap...terus letak topping...dan taburkan coklat rice...biarkan semalaman

Resepi Kek Pisang

Kek Pisang Mudah
Resepi Kek Pisang mudah dan sedap, Pisang kaya dengan potassium, sangat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal otot. Resepi Kek ini amat simple dan hanya memerlukan 4 langkah mudah
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 55 minit
Jumlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji pisang yang telak dilenyek
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila



Cara Penyediaan:

  1. Alaskan acuan kek dengan kertas minyak, dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat,garam dan baking powder. Ayak dalam satu bekas.
  3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 atau sehingga 50 minit.
  4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Resepi Vanilla Cupcake

Vanilla Cupcake
Resepi Vanilla Cupcake yang tak susah sangat nak buat.. Mesti menjadi.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 75 minit
Jumlah Hidangan : 12 biji

Bahan-Bahan:

Bahan untuk cupcake:
  • 125g tepung naik sendiri
  • 125g gula kastor
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 125g unsalted butter,
  • 2 biji telur gred A
  • 1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila
Bahan untuk buttercream:
  • 200g unsalted butter
  • 400g gula icing, ayak
  • 2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila



Cara Penyediaan:

Cara untuk cupcake:
  1. Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.
Cara untuk buttercream:
  1. Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas, letak ke tepi.
  2. Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
  3. Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati. Tuang pula adunan susu dan vanila tadi sedikit demi sedikit, dan kasau sehingga mendapat tekstur yang lembut dan sekata.
  4. Masukkan buttercream ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas cupcake tadi. Che Nom sejukkan dulu buttercream selama 10 minit di dalam peti ais supaya senang dibentuk.